Welcome to my Online Official Page : Follow | Dashboard
FOMCA di Ambang 40 tahun: 2013

12 April 2013

Di mana letaknya lokasi Fomca ??

            Peta Lokasi FOMCA

Aktiviti Pengguna #1


Kempen Konsumer Kebangsaan (3K)
Pengguna perlu melakukan perubahan gaya hidup bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan cabaran-cabaran baru.

Cabaran baru dunia :


  • peningkatan harga minyak dan gas
  • peningkatan pengambilan bijirin
  • makanan kepada bahan api bio
  • perubahan iklim
  • masyarakat McDonaldisasi
Bagi pengguna di Malaysia,kesan peningkatan bermaksud :

  • peningkatan kos hidup
  • kualiti hidup kian berkurangan
  • hutang semakin meningkat
  • bankrap
  • isu kesihatan mental
  • masalah jenayah semakin berleluasa


Perlunya Perubahan Minda di Kalangan Pengguna di Malaysia
Anda Mampu Mengubahnya

11 April 2013

Majlis Tertinggi FOMCA 2012 - 2014




Presiden
Datuk Marimuthu Nadason
 
 

Timbalan Presiden
  Encik Muhammad Sha'ani Bin Abdullah
 

Naib Presiden
Encik Korisatan Karuppiah, Cik Ratna Devi Nadarajan, Puan Hastura Binti Hj Ahmad , Puan Siti Rahayu Binti Zakaria
   

Setiausaha Agung  
Dato’ Paul Selva Raj
 

Timbalan Setiausaha Agung
Encik Foon Weng Lian
 

Bendahari Agung
   Encik Mohd Yusof Bin Abdul Rahman
 

 Timbalan Bendahari Agung 
 Puan Chan Kah Chi
  

Apa itu FOMCA???


 FOMCA adalah sebuah pertubuhan sukarela, tidak mementingkan keuntungan, bukan politik dan pertubuhan sivik. Ia menjadi payung bagi persatuan pengguna gabungannya. FOMCA bekerja rapat dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam memberikan maklumat, pendidikan dan perlindungan pengguna.

Keutamaannya bukan sahaja nilai untuk wang tetapi juga nilai untuk manusia. FOMCA berusaha untuk mempertingkatkan melalui kuasa beli pengguna, pembangunan berasaskan keperluan yang memastikan keadilan sosio-ekonomi dan alam sekitar bagi mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua Rakyat.


             Objektif FOMCA
  1. Untuk memperkuatkan perkembangan pergerakan pengguna di Malaysia.
  2. Meneliti isu-isu dan masalah pengguna dan berjuang untuk hak-hak pengguna.
  3. Untuk berjuang menerusi kuasa beli pengguna demi mendapatkan satu orientasi pembangunan yang akan menjamin keadilan sosio ekonomi dan kualiti alam sekitar yang lebih baik bagi semua.
  4. Menyelaras dan menjadi badan perunding bagi organisasi pengguna yang lain di Malaysia


             Falsafah FOMCA

  1. Mewujudkan sifat berdikasi di kalangan para pengguna iaitu " - "Perlindungan Paling Berkesan ialah Perlindungan Sendiri."
  2. Mewujudkan pembangunan berorientasikan kepada menunaikan keperluan asas manusia melalui kuasa beli kita sebagai pengguna bagi mewujudkan satu kebudayaan hidup yang sesuai, bahagian dan tidak membazir.


                  Peranan FOMCA

    1. Sebuah badan yang memberi dan menyebarkan maklumat.
    2. Sebuah badan pendidik yang memberi pendidikan kepada semua pengguna.
    3. Sebuah badan bertindak yang memberi perlindungan kepada pengguna.
    4. Sebuah badan yang menyiasat, membuat kajian dan ujian untuk memperolehi maklumat yang benar
 
Template Design by Ogiey